PELIKNYA!! RAMAI SUKAKAN MANDIAN SPA MEE RAMEN DI JEPUN!! | Adakah anda peminat setia mi ramen? Tetapi adakah anda sanggup untuk mandi di dalam kolam yang penuh dengan mi ramen?
Tetapi di Jepun, ramai yang sukakan mandian spa mi ramen yang unik ini.
Yunessan Spa House di Hakone, yang terletak di selatan- timur Jepun, menawarkan mandian ramen santai sebagai sebahagian daripada perkhidmatan spanya.
Mandian spa tersebut dipenuhi dengan sup ramen daging babi dan mi tiruan. Pelik sangat! Mandian tersebut dipercayai sangat baik untuk kulit.
Mereka juga percaya bahawa mandian mi ramen tersebut mampu merangsang metabolisme.
Rawatan mandian spa mi ramen ini sebenarnya sudah bermula sekitar tahun 2007, namun mula beroperasi selepas terdapat beberapa spa di Jepun menawarkan perkhidmatan yang unik.
Hurm.. Apa pendapat anda tentang mandian spa mi ramen ini?
No comments:
Post a Comment