Penerbang drone yang menggemparkan negara dengan memuat naik gambar pesawat mendarat di KLIA di dengan nama samaran Yeng Nasir di Instagram dilaporkan turun berat badan sehingga enam kilogram (kg) akibat terlalu risau selepas mengetahui isunya mendapat perhatian pihak berkuasa.
Menurut sumber yang rapat dengan Yeng Nasir, dia tidak mengetahui perbuatan itu merupakan satu kesalahan sehingga dikecam hebat di media sosial selain dicari polis.
"Yeng sudah memberi kenyataan kepada polis pada Rabu lepas, dia juga sudah berjumpa pengurusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan memberi penjelasan yang diperlukan untuk membantu kelancaran kes.
"Bagaimanapun berat badannya turun enam kilogram, dia tidak lalu makan apabila tahu dia dicari, dia juga tidak tenang selepas mengetahui gambarnya di Instagram menjadi cemuhan banyak pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Yeng Nasir mencetuskan fenomena baru di media sosial dengan foto kemunculan sebuah drone yang diterbangkan berdekatan KLIA.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama di media sosial, atas faktor keselamatan.
Drone jenis DJI Phantom 2 tersebut dikatakan mengambil beberapa gambar pesawat mendarat di KLIA, yang mana gambar-gambar itu telah dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.
Gambar itu telah dimuat naik ke Instragram kira-kira tiga bulan lagu oleh pengguna dikenali sebagai 'yengnasir'.
Para pengguna di laman media sosial mempersoal dan menyelar tindakan individu itu kerana ia dikatakan boleh membahayakan pesawat jika terlanggar.
Bagaimanapun kata sumber itu, Yeng yang mendakwa sudah memadamkan gambar berkenaan kini berhadapan 'ancaman' baru dengan kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-mal...umber-55195?cp
No comments:
Post a Comment