Wednesday, 4 March 2015

PANAS!!! S3ksi Tak Perlu Pamer Belahan D4D4


Belahan dada adalah satu perkara yang sering dikaitkan dengan kewanitaan dan ghairah seks. Namun, banyak wanita yang merasa risih untuk memperlihatkan belahan dadanya, apalagi seringkali dianggap tidak sopan. Nah, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk tampil seksi tanpa perlu mempamerkan belahan dada.

Pertama, pilihlah busana yang membentuk tubuh anda. Tidak tampil "buka-bukaan" pun boleh tetap kelihatan seksi jika anda mengenakan busana yang menonjolkan lekuk tubuh anda. Warna hitam adalah pilihan warna yang tepat untuk membuat anda kelihatan lebih langsing. Anda juga boleh bermain dengan motif yang tidak terlalu "berteriak".

"Busana sedikit panjang yang membentuk tubuh dengan garis leher yang lebih tinggi akan membuat anda tampil glamor dan tetap tertutup, namun tidak menghilangkan kesan seksi," ujar Laura Gummerman, pengasuh blog The Band Wife Blog.

Di samping itu, anda juga boleh tampil seksi tanpa menunjukkan bahagian dada yang terbuka. Caranya, kenakan busana yang memaparkan bahagian perut yang sedikit terbuka atau bermodel cutout. Walaupun hanya memaparkan beberapa inci kulit pada bahagian perut, anda tetap boleh menarik perhatian.

Tampil seksi pun boleh dilakukan dengan mendedahkan bahagian kaki anda. Sebab, ada orang yang memandang bahagian kaki lebih menarik berbanding payudara. Sehingga, daripada memperlihatkan bahagian dada, mengapa tidak tampil seksi dan glamor dengan memaparkan kaki yang indah dan jenjang?

"Jika ingin tetap menutup bahagian dada, tampilkan kaki indah yang dihiasi kasut tumit tinggi. Kasut ini juga dapat membantu para wanita yang tidak terlalu tinggi agar dapat tetap tampil menarik," sebut Gummerman.

Untuk mendapatkan penampilan yang seksi namun sopan, anda juga boleh mengakalinya dengan memaparkan bahagian bahu dan leher. Kenakan busana yang menegaskan garis leher dan tulang belikat anda untuk dapat memaparkan kesan sensual nan glamor.

Setelah memperoleh fesyen dan aksesori yang boleh membuat anda tampil seksi, jangan lupa untuk menunjukkan sikap penuh percaya diri. Sebab, seseorang akan benar-benar kelihatan dan merasa seksi hanya jika ia merasa percaya diri.

No comments:

Post a Comment