Saturday, 9 May 2015

Pesawat Airbus A400M terhempas di Sepanyol, kesemua krew terbunuh



 Pesawat Airbus A400M terhempas di Sepanyol, kesemua krew terbunuh

MADRID, 9 Mei:
Sebuah pesawat pengangkut tentera terhempas berhampiran Lapangan Terbang Seville, di barat daya Sepanyol, pada Sabtu.
AP memetik Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy sebagai berkata, ketika kejadian, pesawat baru jenis Airbus A400M itu membawa 10 kru dan sedang menjalani ujian penerbangan di lapangan terbang itu.
Difahamkan, ada kru yang terbunuh dalam nahas itu.
Pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol, AENA memberitahu, Lapangan Terbang Seville ditutup pada Sabtu, kerana anggota bomba dan penyelamatnya telah digegaskan ke lokasi nahas.
Sehubungan itu, semua penerbangan ke Seville terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang di Malaga dan Jerez.
Nahas itu turut menyebabkan sebuah kawasan perindustrian berhampiran lokasi nahas di pinggir bandar Carmona terputus bekalan elektrik.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/05/09/pesawat-tentera-terhempas-di-seville/#ixzz3ZeYzwhAn









No comments:

Post a Comment