Tuesday, 10 March 2015

3 gamabar mengemparkan Rangka manusia dijumpai dalam tong berisi konkrit


SATU mayat yang sudah hampir menjadi rangka dan ditanam dengan konkrit dalam sebuah tong ditemui hari ini di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
Laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor memuatnaik gambar penemuan mayat berkenaan.


Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu dikatakan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pihak polis meminta bantuan.
Menggunakan peralatan sesuai mayat akhirnya berjaya dikeluarkan dan diserahkan Bomba kepada pihak polis.

Daripada gambar yang dikongsikan, kelihatan mayat berkenaan sudah pun tinggal rangka dan berbau busuk.
Bahagian tengkorak mayat dapat dilihat dengan jelas, berada di bahagian bawah tong ketika ia cuba dikeluarkan anggota bomba.
Buat masa ini, perkembangan berkaitan mayat berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

No comments:

Post a Comment